Recent Posts

Wednesday, February 24, 2016

Konsep Kereta Api Mewah Jepang

Bergaya

Warga Jepang mempunyai obsesi dengan keretapi yang unik. Kebanyakkan warga Jepang tidak mempunyai kereta dan keretapi ialah kenderaan yang selelu dinaiki untuk bergerak dari point A ke point B. Keretapi Shinkansen ialah keretapi yang paling kita kaitkan dengan Jepang. Keretapi berkelajuan tinggi ini membawa ribuan penumpang setiap hari dan jarang sekali lewat. Kini pihak Japan Railway East mau menjadikan keretapi sebagai kenderaan mewah pula. Di bawah ialah konsep keretapi mewah yang dijadwalkan beroperasi di Kyushu menjelang 2017. Pihak Japan Railway East membelanjakan Yen 50 Billion (RM 1.56 Billion)  bagi menghasilkan keretapi mewah di bawah dengan bantuan Ken Okuyama. Ken Okuyama pernah bekerja dengan Ferrari dan kepakaran beliau menghasilkan kereta mewah kini digunakan bagi menghasilkan keretapi mewah pula. Sepuluh gerabak keretapi di bawah akan hanya membawa 34 penumpang. Mereka akan membayar tiket berharga USD 1500 (RM 4767) untuk perjalanan selama 2 hari. Mereka akan mempunyai kabin persendirian yang mewah, restoran bergerak dan juga gerabak dengan skylight yang membolehkan mereka menikmati pemandangan tanpa halangan. Memang cantik.



 

 

0 comments:

Post a Comment