Recent Posts

Wednesday, February 24, 2016

Drone Ambulan Quadrotor Menyelamatkan Nyawa

Send In The Drone

Dron quadrotor kini digunakan untuk mengambil gambar dari udara dan juga menyeludup dadah menyeberangi sempada di Mexico. Dron empat kipas ini digunakan kerata ianya mampu terbang secara stabil. Bagi Argodesign, quadrotor juga sesuai dijadikan asas rekaan dron ambulan yang boleh diterbangkan secara automatik ke kawasan kemalangan. Dengan rekaan kompak ia boleh mendarat di hampir mana-mana sahaja dan menyelamatkan nyawa mangsa yang terlibat. Sebuah konsep yang menarik. Ini mengingatkan kami kepada konsep dron ARES yang dicipta untuk kegunaan ketenteraan, Dua konsep berbeza untuk sektor yang berbeza tetapi masih dengan tujuan menyelamatkan nyawa. 


14 Konsep Tentera Masa Hadapan Yang Bad Ass

Pew Pew

Kalau dilihat gear yang dipakai oleh tentera pasukan khas sekarang mereka sudahpun kelihatan sepert robot. Atas kepala ada gogal Night Vision dengan 6 lensa, cermin mata balistik dan kamera yang melakukan penstriman terus kepada Command Center. Pada tubuh pula ada baju zirah Dragonskin kalis peluru dan komputer peribadi yang membolehkan mereka mengarahkan dron untuk melakukan serangan close support. Senjata jangan cerita kerana dipenuhi pelbagai gadget bagi menanbahkan lethality. Berikut ialah rekaan konsep tentera masa hadapan yang semakin robotik dan manusia menjadi hibrid cybord. Awesome!


Tricentennial Tower : Menara Dengan Gondola Berputar Di New Orleans

Pusing

Banyak kota-kota besar kini mempunyai roda Ferris untuk memberikan pemandangan kota merea dari vantage point yang tinggi. Di Singapura ada Flyers dan di China ada Tianjin Eye. Di Malaysia ada..... of nevermind. Di New Orleans sempena menyambut ulang tahun penubuhan bandaraya ini yang ke 300 mereka mahu membina Tricentennial Tower. 

Ia menara setinggi 320 kaki dan mempunyai sistem gondola berputar yang menarik. Gondola bergerak di atas dua trek berjembar dan berpusing bagi memberikan pemandangan 360 bandaraya ini. Di atas menara terdapat muzium yang menceritakan sejarah penubuhan bandaraya kelahiran Brad Pitt ini. Nampak cool. Better than Eye of Malaysia for sure. 


 

Volkswagen Golf GTE Sport

Vroom

Volkswagen Golf ialah kereta hot hatch yang dulu marhaen tetapi kini borjuis. Rakyat biasa tak mampu membelinya kerana harga melebihi 100K bagi sebuah kereta kompak 4 pintu. Ini ialah konsep Volkswagen Glof GTE Sport yang diperlihatakan oleh VW baru-baru ini. Ia mempunyai dua buah pintu gullwing dan mempunyai pemanduan hibrid 395 kuasa kuda. Sistem panduan elektrik mampu bergerak sejauh 50 kilometer sebelum dicas. Ruang pemandu konsep ini paling style. Nampak seperti kokpit pesawat tempur masa hadapan. 

Chevrolet-FNR : Konsep Kenderaan Memandu Sendiri Masa Hadapan

Vroom

Pemanduan sendiri oleh kenderaan pintar ialah sesuatu yang kami mahukan sejak semalam. Kereta pintar lebih pandai memandu dari manusia kalau di Malaysia. Di negara kita ini bagi signal tak bagi jalan. Tak bagi signal kena maki fak apa semua pasal memandu macam nakharomz. So hanya penggunaan kereta yang dikawal oleh komputer masalah pemanduan macam otak sebesar Amoeba boleh diselesaikan. Ini ialah konsep kereta masa hadapan dengan pemanduan automatik oleh Chevrolet. Chevrolet FNR diperlihatkan di Shangai Motor Show dan turut mempunyai sistem tujahan elektrik. Nice.


Patent Depending Vehicles : 17 Rekaan Konsep Kenderaan Yang Unik

Future

Steven M Johnson ialah seorang kartunis dan pereka cipta yang gemar menghasilkan konsep kenderaan yang boleh dianggap gila. Kenderaan yang dihasilkan beliau kesemuanya direka bagi menyelesaikan masalah yang melanda pengguna jalan raya seluruh dunia. Patent Depending: Vehicles ialah buku beliau yang mengumpulkan 400 idea kenderaan aneh yang pernah beliau hasilkan. As you can see they are crazy but cool.



 

Kokpit Kelas Perniagaan Yang Menjamin Keselesaan Dan Privasi Penumpang (13 Gambar)


Mewah

Penumpang kelas perniagaan mahukan keselesaan, ruang yang lebih besar dan kemewahan yang tidak wujud pada tempat duduk kelas ekonomi. Penumpang biasanya terbang seorang diri dan terdiri dari golongan peniaga. Oleh itu tempat duduk yang membolehkan mereka bekerja seperti di dalam pejabat sendiri adalah penting. Di bawah ialah konsep tempat duduk kelas perniagaan oleh Formation Design. 

Ia boleh berfungsi sebagai pejabat di udara lengkap dengan skrin penutup tempat duduk. Skrin besar beresolusi 4K disertakan bagi membolehkan penumpang menonton video pada resolusi 4K. Pada waktu yang sama ia masih membenarkan ruang kecil ini berubah menjadi katil mendatar penuh untuk mereka berehat sebelum tiba di destinasi. Sangat cool beans.